Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kaligrafi tulisan China sambil diiringi Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, Cy Leung (kiri) dan Pengasas dan Penaung Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF), Tan Sri Lee Kim Yew (dua kiri) pada Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) di Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sentimen perkauman perlu dihentikan dalam memastikan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini.

Ketua Umum PKR itu berkata, pada masa yang sama, budaya rasuah juga perlu dielakkan dalam memasuki era Malaysia Baharu pimpinan Pakatan Harapan.

Beliau menjelaskan, ini kerana kekayaan negara perlu dikongsi pelbagai kaum agar tidak mana-mana masyarakat yang terbiar.

“Saya percaya negara kita perlu berkongsi hasil kekayaan bersama. dan yang unik kerana semua rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk menolak budaya rasuah dan sentimen perkauman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika berucap pada Majlis Makan Malam Forum Ekonomi Cina Sedunia malam tadi.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Pada majlis sama, Anwar dan Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menerima Anugerah Pencapaian Luar Biasa Sepanjang Hayat.

MGF08112018_WORLD CHINESE ECONOMIC FORUM17
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, Cy Leung (kanan) dan Pengasas dan Penaung Forum Ekonomi China Sedunia, Tan Sri Lee Kim Yew (kiri) pada Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) di Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2018.

Mengulas lanjut, Anwar mengalu-alukan kehadiran pelabur asing untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama hab pelaburan asing.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ini kerana negara dapat berkongsi idea dan kepakaran dalam meningkatkan ekonomi negara pada masa akan datang. – MalaysiaGazette