Foto BBC

LONDON – Danny Welbeck mengalami kecederaan di buku lali ketika aksi Liga Europa awal pagi tadi hingga terpaksa dibawa ke hospital selepas perlawanan berakhir.

BBC Sport melaporkan, pengurus Arsenal Unai Emery mengesahkan Welbeck mengalami kecederaan serius ketika aksi seri tanpa jaringan bertemu Sporting CP itu.

“Kecederaan Danny adalah berita yang sedih buat kami kerana kecederaan serius. Dia telah dihantar ke hospital dan kami masih menunggu keputusan terkini.

“Danny telah bermain dengan baik dan mitmennya bersama kami sangat tinggi

“Dan kecederaan ini adalah paling besar buat kami, dirinya serta semua orang,” ujar pengendali kelahiran Sepanyol itu.- MalaysiaGazette