KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHN) memperkenalkan koleksi terhad beg kembara sempena sambutan ulang tahun ke-20 Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur.

Beg dengan menggambarkan bandar raya Kuala Lumpur itu sesuai dijalankan beg perjalanan eksklusif adalah cenderahati Malaysia untuk pelancong.

Diperbuat daripada Nylon Ballistic 1680 D, beg hitam tahan lasak ini direka khas buat pelancong – termasuk perjalanan jarak jauh. Ia jual pada harga RM88.

Bagaimanapun, mana-mana penggembara dan pelancong yang berbelanja RM250 di lapangan terbang, pengendali lapangan terbang itu menawarkan harga promosi sebanyak RM55 bagi setiap beg tersebut.

Ia termasuk tiket penerbangan bagi para pelanggan Malaysia Airlines atau berbelanja RM250 melalui Boost App atau menggunakan kad kredit atau kad caj di mana-mana cawangan runcit di KLIA atau klia2.

“Pelanggan yang membeli beg edisi terhad selepass berbelanja minimum RM250 juga secara automatik berpeluang mendapat 20 penyertaan bagi  menyertai “Licence to Win” yang menawarkan Aston Martin DB 11. – MalaysiaGazette