NEW YORK – Harga minyak susut hampir 1.0 peratus berikutan peningkatan bekalan global dan kebimbangan pelabur-pelabur kemungkinan permintaan pertumbuhan perlahan.

Ia memberi tekanan ke atas minyak mentah Amerika Syarikat yang menyaksikan penyusutan berpanjangan sejak tahun 1984.

Penanda aras niaga hadapan susut kira-kira 20 peratus atau lebih sejak ia memuncak pada awal Oktober.

Niaga hadapan Brent jatuh sebanyak AS$0.47 atau 0.7 peratus kepada AS$70.18 setong.

Semasa sesi dagangan, Brent jatuh di bawah paras AS$70 setong buat kali pertama sejak April lalu – sebanyak 20 peratus sejak ia mencecah paras tertinggi pada bulan Oktober.

Brent menyusut kira-kira 3.6 peratus sepanjang minggu ini dan lebih 15 peratus pada suku ini.

Manakala minyak Amerika Syarikat pula menjunam sepanjang 10 hari berturut-turut – tempoh paling panjang sejak Julai 1984, menurut data Refinitiv.

Niaga hadapan West Texas jatuh AS$0.48 atau 0.8 peratus kepada AS$60.19 setong.

Sesi itu merosot merupakan lapan bulan paling rendah pada AS$59.26 setong – susut lebih daripada 22 peratus sejak kemuncak pada Oktober lalu.

Penyusutan itu meletakkan minyak mentah Amerika Syarikat dalam ‘bear market’ (pasaran menjunam) – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan