Banjir kilat d Jordan. foto Agensi

AMMAN – Hujan lebat dan banjir mengorbnkan sekurang-kurangnya lapan orang di Jordan dan memaksa pihak berkuasa memindahkan lebih 3,700 pelancong dari bandar Petra.

Para pelancong dibawa ke kawasan yang selamat sebelum banjir melanda sebahagian dari bandar bergunung yang terkenal dengan runtuhan batu kata jurucakap kerajaan, Jumana Ghunaimat.

Pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan kecemasan di bandar pelabuhan Laut Merah Aqaba di selatan ketika hujan lebat bermula pada sebelah petang Jumaat.

Para penyelam pertahanan awam melancarkan gerakan mencari lima orang yang berada di dalam kereta yang dihanyutkan banjir di daerah Madaba, barat daya ibu kota, kata agensi berita Petra.

Lebuh-lebuh raya utama yang menghubungkan Amman dengan selatan telah ditutup.

Kerajaan juga mengisytiharkan penutupan universiti-universiti dan sekolah-sekolah pada hari Sabtu.

Tetapi, masjid-masjid dibuka bagi membolehkan penduduk yang terjejas berlindung di situ.

Dua minggu yang lalu, 21 orang, terutamanya kanak-kanak, meninggal dunia selepas banjir kilat di sekolah menengah di rantau Laut Mati, di salah satu bencana alam yang paling teruk di negara ini dalam beberapa dekad. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan