Najib Razakbercakap pada Majlis Santai Bersama Najib Razak di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh mencampak manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) parti itu selepas Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengakui gagal tepati janji.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengakuan itu mengingatkan beliau pada sesi sembang santai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lepas.

Katanya, dalam sesi itu seorang rakan media sosial bertanyakan beliau, jika PH boleh menipu secara terus terang apa yang ditulis dalam hitam putih di dalam buku mereka, apa lagi mereka tidak mampung untuk menipu?

“Saya tak ada jawapan untuk dia ada hari itu. Selepas seminggu, saya masih tidak dapat mencari jawapan,” katanya yang memuatnaik kenyataannya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Najib mengulas kenyataan Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTN) hari ini yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat kerana gagal menepati janji menghapuskan pinjaman PTPTN.

Penulis Buku Harapan itu berkata, agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto PH sebelum ini, namun gagal.

Katanya, ia termasuk tuntutan rakyat supaya kerajaan melaksanakan janji untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan