Seorang pekerja berjaya dibawa keluar dari terowong selepas terperangkao. Kejadian itu menyebabkan 22 pekerja maut. foto Agensi

SHAHGHAI – Dua pengurusan firma arang batu China dipecat selepas 21 orang maut dalam kemalangan bawah tanah pada 21 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, seramai 22 pekerja terperangkap di dalam terowong di wilayah Shandong.

Hanya seorang mangsa yang berjaya diselamatkan.

Dua individu yang dipecat itu ialah Presiden serta Naib Presiden dan Ketua Jurutera Longyun Coal Mining menurut Biro Keselamatan Lombong Arang Batu Wilayah Shandong.

Tindakan itu diambil susulan siasatan yang dijalankan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan