Para petugas pencari dan penyelamat mengumpul barang-barang yang ditemui daripada pesawat Lion Air yang terhempas 29 Oktober lalu. foto Agensi

JAKARTA – Indonesia telah menghentikan operasi mencari mangsa pesawat Lion Air yang terhempas dan mengorbankan kesemua 189 orang penumpang.

Bagaimanapun, pencarian bagi perakam suara pesawat itu diteruskan.

“Tiada apa yang tinggal untuk dicari dan kami telah menghentian pencarian mayat-mayat,” kata Muhammad Syaugi, Ketua Agensi Pencarian dan Penyelamat Nasional (Basarna).

Namun, katanya, agensi itu akan mengehadkan operasi memantau.

Pesawat Boeing 737 MAX itu terhempas di perairan Indonesia pada 29 Oktober lalu sejurus selepas berlepas dari Jakarta ke Pulau Bangka, dekat Sumatera.

Syaugi berkata, pihaknya menemui 196 anggota badan dan telah mengenal pasti 77 mangsa selepas pemeriksaan forensik. – MalaysiaGazette