Kakitangan Rapid Rail sedang membaiki plat rel yang bengkok selepas sebatang pokok tumbang, foto FB RapidKL

KUALA LUMPUR – LRT laluan Ampang tergendala selama sejam selepas sebatang pokok tumbang dan merentangi landasan di antara stesen LRT Cempaka dan Pandan Indah.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.26 pagi tadi telah mengakibatkan plat besi yang membekalkan kuasa kepada tren rosak.

Tetapi perkhidmatan LRT pulih sepenuhnya pada 11.35 pagi, kata Rapid Rail.

Tambahnya, tiada penumpang yang cedera.

Perkhidmatan tergendala kerana bekalan kuasa terpaksa dihentikan bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih pembersihan dijalankan.

Rapid Rail telah menyediakan empat buah bas perantara percuma bagi mengangkut penumpang yang terjejas dari stesen LRT Chan Sow Lin hingga ke Stesen Ampang. – MalaysiaGazette