Datuk Seri Mohamed Ali mendahului pencabar jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan majoriti 775 undi.
Berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi pemilihan semula PKR Bahagian Keningau menyaksikan calon timbalan presiden, Rafizi Ramli mendahului pencabar tunggalnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rafizi mendahului Azmin dengan majoriti tipis 3 undi.

Dalam pemilihan semula di Dewan Badminton Kompleks Sukan Keningau hari ini, Rafizi yang juga naib presiden memperolehi sebanyak 624 undi, manakala Azmin yang merupakan penyandang jawatan timbalan presiden mendapat 621 undi.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pengawas Pusat Pemilihan PKR Bahagian Keningau, Suraya Muizzudin petang tadi.

Proses pemilihan semula PKR bahagian itu yang menggunakan sistem e-undi, bermula 9 pagi dan berakhir 4.15 petang.

Seramai 2,735 daripada 6,441 ahli PKR Bahagian Keningau keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam proses pemilihan semula yang berjalan dengan lancar.

Pemilihan semula PKR Bahagian Keningau turut menyaksikan Sangkar Rasam menang jawatan ketua bahagian dalam pertandingan tiga penjuru dengan mendapat 816 undi.

Sangkar menewaskan Phuket Yadiloh @ Johari Tahir yang mendapat 453 undi dan Haslina Abin Kassim (330 undi).

Keningau ialah satu daripada 3 bahagian PKR di Sabah yang mengadakan pemilihan semula berikutan keputusan pemilihan pada 3 dan 4 November lalu ditangguhkan.

Dua lagi bahagian PKR, iaitu Tawau dan Pensiangan akan menjalankan proses pengundian semula esok. – MalaysiaGazette