Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Wahid Omar bersyukur dan berbesar hati di atas pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Katanya, pelantikan itu selari dengan iltizamnya yang mahu menyumbang kepada pendidikan, kepimpinan dan pembangunan modal insan.

“Saya akan menjalankan amanah yang diberikan dan cuba buat yang terbaik,” kata Abdul Wahid kepada MalaysiaGazette.

Hari ini, Menteri Pendidikan mengesahkan pelantikan Abdul Wahid sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UKM yang dipilih berdasarkan secara merit dan prestasi ahli korporat terkenal itu.

Dr Maszlee Malik berkata, pelantikan Abdul Wahid itu dibuat menerusi perbincangan dan t mendapat kelulusan daripada pihak tertinggi dalam kerajaan dan universiti.

Abdul Wahid adalah bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad.

Beliau juga berpengalaman luas menerajui beberapa syarikat milik kerajaan termasuk sebagai Presiden dan Eksekutif Malayan Banking Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Berhad.- MalaysiaGazette

Kadir ‘bingung’ dengan Maszlee

Lantik Abdul Wahid kerana merit – Maszlee

Tinggalkan Jawapan