Raheem Sterling bakal ditawar ganjatran oleh Manchester City atas prestasi memberangsangkan musim ini.

MANCHESTER – Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling beraksi di kelab itu hingga tahun 2023 apabila menandatangani sambungan kontrak selama tiga tahun.

The Sun melaporkan perjanjian terbaharu tersebut melibatkan nilai £300,000 (RM1.6 juta) seminggu yang menyaksikan pemain antarabangsa England itu antara pemain dengan gaji termahal dalam Liga Perdana Inggeris.

“Saya gembira untuk dapat menyambung kontrak baharu seiring dengan peningkatan saya di sini yang anggap di luar biasa.

“Jadi saya telah membuat pilihan yang tepat datang ke sini sejak hari pertama dan ia keputusan yang berbaloi,” kata Sterling di laman web City.

Pemain England berusia 23 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol dalam 14 perlawanan musim ini.

Dia kini di tempat terbaik untuk meningkat sesudah bermain di beberapa posisi di bawah kendalian Pep Guardiola.

Sterling menyertai City dari Liverpool dengan harga £49 juta (RM266 juta) pada 2015 dan memenangi liga serta Piala Liga Inggeris musim lalu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan