Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Sehingga semalam, keputusan Pemilihan PKR 2018 di Sarawak menunjukkan penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengatasi pencabarnya, Rafizi Ramli.

Berdasarkan kedudukan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua calon itu, keputusan tidak rasmi setakat malam tadi boleh dirumuskan sebagai berpihak kepada Mohamed Azmin.

Mengikut laporan dari sumber yang boleh dipercayai, sehingga jam 6 petang Sabtu lalu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mempunyai kelebihan kira-kira 4,300 undi bagi pemilihan di seluruh negara.

Semalam, di Pensiangan, Sarawak Rafizi mendapat kira-kira 2,000 undi, tetapi dapat diatasi oleh majoriti undi yang diperolehi Mohamed Azmin di Cabang Tawau, Sabah sebanyak 800 undi, Cabang Kuala Selangor di Selangor (600 undi) dan Sarawak sekitar 500 undi.

Bagaimanapun, undi di Cabang Julau yang pemilihannya ditangguhkan kelmarin, belum diambil kira.

Namun, menurut sumber itu, sekiranya keputusan Cabang Julau memihak kepada Rafizi sekalipun, beliau tidak dapat mengatasi majoriti yang terkumpul oleh Mohamed Azmin. – MalaysiaGazette