Maurizio Sarri.

LONDON – Maurizio Sarri mencipta sejarah apabila memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengurus baharu tanpa tewas dalam 12 perlawanan berturut-turut.

Kejayaan itu hadir selepas Chelsea terikat seri tanpa jaringan dengan Everton di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Rekod itu sebelum ini dipegang pengurus Nottingham Forest, Frank Clark dengan 11 perlawanan tanpa kalah pada musim 1994-1995.

Sebelum ini, Sarri berjaya mengemudi The Blues apabila dapat mengelak kekalahan ketika bertemu tiga kelab besar iaitu, Arsenal, Manchester United dan Liverpool sebelum ini.