beka pemain England
Joe Cole mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada usia 37 tahun

ENGLAND – Bekas bintang England, Joe Cole secara rasmi menggantung boot sekaligus bersara dari dunia bola sepak hari ini.

Bekas pemain tengah Chelsea itu kini berusia 37 tahun.

Cole telah memulakan karier bola sepak menerusi akademi belia kelab West Ham United sebelum menyertai Liverpool, Lille, Aston Villa dan Coventry City.

Sebagai pelengkap penghujung kariernya, Cole telah beraksi bersama kelab Tampa Bay Rowdies United Soccer League sejak tahun 2016.

Dia telah menjaringkan 10 gol dalam 56 perlawanan untuk England antara tahun 2001 dan tahun 2010.

“Ia umpama mimpi menjadi kenyataan (menyinar dalam bola sepak). Saya harap dua dekad akan datang sangat istimewa untuk saya memandangkan pengalaman sebagai pemain bola sepak selama 20 tahun,” katanya.

Cole beraksi sebagai pemain bola sepak seawal usia 17 tahun.

Pada 2003 dia menyertai pasukan the Blues di Stamford Bridge dan melakukan lebih 280 penampilan sepanjang tujuh musim di sana.

Cole menjulang tiga gelaran EPL, dua piala FA England dan beraksi di Final Liga Juara Juara Eropah musim 2007/2008.

“Menang piala bersama Chelsea adalah sangat istimewa dalam hidup saya dan memori itu akan kekal segar selama-lamanya,” kata Cole.- MalaysiaGazette