Jamal Khashoggi. foto Reuters

OTTAWA – Perisik Kanada telah mendengar rakaman audio pembunuhan Jamal Khashoggi.

Perdana Menterinya, Justin Trudeau mengesahkan perkara itu.

Sabtu lalu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan telah menyerahkan salinan rakaman itu kepada Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Arab Saudi.

“Kami telah menyerahkan rakaman itu,” kata Erdogan sebelum berlepas ke Paris bagi pertemuan pemimpin dunia sempena 100 tahun Perang Dunia Pertama.

Namun, setakat ini, Amerika Syarikat belum menyatakan sama ada negara itu sudah menerima rakaman tersebut.

Manakala Menteri Luar Perancis berkata, pihaknya masih belum menerimanya.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengesahkan telah menahan 18 orang yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan wartawan yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Trudeau berkata, perisik Kanada sedang bekerjasama erat dengan Turki bagi menyiasat pembunuhan itu.

“Saya mengadakan perbualan dengan Erdogan beberapa minggu lalu melalui telefon. Di Paris, kami mempunyai bertemu dan saya berterima kasih kepada beliau dan kekuatannya dalam menghadapi situasi Khashoggi,” katanya.

Trudeau bersedia untuk membatalkan perjanjian senjata bernilai AS$13 bilion (£ 10 bilion) dengan Arab Saudi bagi kereta kebal dan kenderaan tempur berperisai yang dibina oleh unit Ontario General Dynamics sebuah firma Amerika Syarikat yang berpangkalan di Ontario.

Hubungan antara kedua-dua negara tegang selepas Arab Saudi menuduh Kanada melanggar kedaulatannya dan membekukan perdagangan baharu selepas pegawai Kanada menyeru pembebasan aktivis hak wanita yang ditahan. – MalaysiaGazette