Stan Lee. foto Agensi

LOS ANGELES – Penulis, editor dan penerbit serta bekas Presiden Marvel Comics, Stan Lee telah meninggal pada usia 95 tahun.

Lee mencipta The Fantastic Four untuk Komik Marvel pada tahun 1961.

Beliau kemudian mewujudkan komik Spider-Man dan The Incredible Hulk.

Pengarang buku komik legenda itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai di Los Angeles, menurut peguam keluarga.

Lee diiktiraf sebagai ‘bapa budaya pop’ yang mencipta ‘watak alam semesta’ dan perintis ikon yang benar tanpa ada kedua yang setanding”.

Anak perempuannya, JC Lee menyifatkan bapanya adalah lelaki paling hebat, paling baik.

Lee, beberapa tahun lalu dilaporkan sakit termasuk mengalami pneumonia.

Dilahirkan pada tahun 1922, Lee terkenal kerana mencipta watak koboi dalam setiap filem Marvel, walaupun meninggalkan syarikat itu pada tahun 1971.

Dia kemudian kekal sebagai Pengerusi Emeritus Marvel. – MalaysiaGazette