KUALA LUMPUR – Penyanyi berasal dari Australia, Cassidy Anderson bakal sepentas dengan Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah dalam sebuah Konsert Duo Lagenda Disember nanti.

Cassidy yang teruja berkata, ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan kerana bakal bergandingan dengan penyanhyi tersohor di pentas yang berprestij.

“Tahun lepas ketika menaiki Grab bersama ibu saya, kami melintasi Istana Budaya dan saya beritahu ibu yang saya akan mengadakan persembahan di situ suatu hari nanti.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadikan ia kenyataan tetapi impian saya untuk berada di pentas itu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Konsert Duo Legenda akan diadakan pada pada 20 hingga 23 Disember ini di Panggung Sari Istana Budaya selama dua jam dan menyaksikan mereka membawa lapan lagu popular masing-masing.

Manakala penyanyi undangan Cassidy Anderson akan menyampaikan tiga buah lagu termasuk duet bersama Jamal dan M Nasir.

Dalam pada itu, Cassidy memaklumkan sungguhpun kini menjalani kehidupan di Malaysia, ibunya tetap memberi sokongan kepadanya.

“Ibu memberitahu dia menyokong dan percaya saya akan mencapai cita-cita itu dan berpesan agar jangan lupa menjemputnya,” tambahnya. – MalaysiaGazette