TERKINI : Calon Presiden UIA Telah Dikenalpasti – Maszlee Malik

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata penggantinya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah disenarai pendek.

Malah katanya, Senarai itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIA.

“Saya telah kenal pasti beberapa calon dan akan bawa kepada Perdana Menteri dan Sultan Pahang sebagai Ketua Perlembagaan UIA untuk dinilai dan individu itu mestilah terkenal di peringkat antarabangsa dan boleh meyakinkan duta-duta yang menganggotai Lembaga Pengarah UIA, dan mereka yang samada graduan UIA atau pernah berkhidmat di sana.