Zainudin Maidin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya pagi ini selepas terjatuh di rumahnya di Presint 10, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam hantaran media sosialnya berharap Zainuddin segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala.

Sementara itu, bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain dilapor berkata, Zainuddin dipindahkan ke ICU selepas paru-paru dalam keadaan lemah.

“Beliau dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor,” katanya dalam status laman Facebooknya hari ini.

“Melawat bekas ketua saya, Tan Sri Zainuddin Maidin di ICU,” ujarnya.- MalaysiaGazette