Jamal Khashoggi
Imbasan sinar X di lapangan terbang di Turki menunjukkan salah sebuah beg yang dipercayai mengandungi peralatan yang digunakan untuk membunuh Jamal Khashoggi.

ISTANBUL – Akhbar Turki, Daily Sabah menyiarkan peralatan yang dipercayai digunakan oleh skuad pembunuh Jamal Khashoggi dalam kansulat Arab Saudi di Istanbul awal bulan lalu.

Akhbar tersebut melaporkan, selepas pasukan itu meninggalkan Turki, mesin sinar X di lapangan terbang menunjukkan beg-beg mereka mengandungi gunting besar, pisau bedah dan peralatan genjatan elektrik.

Daily Sabah menyatakan pihak berkuasa Turki tidak berjaya memeriksa beg itu berikutan imuniti diplomatik yang dimiliki suspek.

Beg-beg tersebut juga mengandungi 10 buah telefon bimbit, lima walkie-talkie dan sebuah penggodam selain dua alat penyuntik,

Akhbar itu mengesahkan polis Turki tidak mengesan sebarang cebisan mayat Khashoggi dalam imbasan sinar X itu.

Beberapa hari lalu, akhbar yang sama mendedahkan ayat-ayat terakhir Khashoggi kepada pembunuhnya. – Agensi