Reaksi Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir untuk mengangkat sumpah sebagai ahli dewan rakyat pada persidangan Dewan Rakyat Parlimen di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 15 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini secara jelas meminta agar Kementerian Kewangan mengkaji semula serta meluluskan beberapa peruntukan kepada pekebun kecil dan nelayan.

Dalam satu tweet terbaharunya, beliau meminta perhatain Lim Guan Eng agar memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada golongan itu yang sangat memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.

“Saya ingin menarik perhatian dan merayu Menteri Kewangan untuk mengkaji semula dan meluluskan mungkin jumlah tidak sebesar tahun lalu kerana kebocorannya dan ketirisan banyak,” katanya hari ini.

Antara bantuan yang dipohon oleh Ketua Umum PKR itu adalah bantuan musim tengkujuh pada pekebun kecil dan penoreh getah, subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi, insentif bersasar neyalan, subsidi baja padi bukit atau huma untuk Sabah dan Sarawak dan elaun sara hidup nelayan darat.

Anwar berkata, elaun sara hidup nelayan darat yang dulunya diperuntukkan RM12.5 juta, kini dipotong kepada RM3.5 juta.

Malah subsidi baja padi bukit dan padi huma di Sarawak dan Sabah juga dikurangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada cuma RM70 juta.

Secara keseluruhan Belanjawan 2019 memperuntukkan kenaikan yang besar namun peruntukan untuk golongan luar bandar menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong dengan begitu banyak iaitu dari RM5.3 bilion untuk tahun lalu menjadi RM3 bilion untuk tahun 2019. – MalaysiaGazette