Azwanddin Hamzah

KUALA LUMPUR – Datuk Azwanddin Hamzah tidak akan sesekali membuat permohonan maaf kepada Senator Liew Chin Tong yang mengugut untuk menyamannya jika DAP tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam serta orang Melayu di negara dalam beberapa kenyataan pemimpin parti itu.

Malah, beliau tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan khususnya daripada pimpinan parti DAP.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia itu berkata, DAP sebagai dilihat sebagai parti rasis dan cauvinis selama ini telah menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan biadap serta celupar apabila pemimpinnya dilihat terus memperlekehkan Islam dan orang Melayu.

Berikut adalah beberapa kenyataan kurang ajar dan berbaur anti-Melayu serta cemuhan yang dilakukan oleh pemimpin DAP:

  1. Nga Kor Ming ada menyatakan perkataan p*****k kepada orang Melayu.
  2. RSN Rayer pula sewaktu menjadi ADUN Seri Delima telah mengeluarkan perkataan Melayu Celaka dan beberapa lagi perkataan kesat.
  3. Hew Kuan Yau telah mengeluarkan ayat memaki umat Islam dengan carutan “SOHAI”.
  4. Anthony Loke pula menyatakan bahawa yang memakan babi sebenarnya adalah orang Melayu di dalam ucapannya pada tahun 2016.
  5. Teresa Kok di dalam video sambutan Tahun Baru Cina enggan membuat permohonan maaf setelah dengan sengaja mengeluarkan ayat “Malay Sie” yang bermaksud Melayu Mati.

Sebaliknya, beliau menuntut DAP membuat permohonan maaf terlebih dahulu terhadap rakyat Malaysia yang beragama Islam dan orang Melayu kerana jelas parti itu yang memulakan penghinaan terhadap Melayu dan Islam.

“Dan saya juga akan membuat perkara yang sama selepas mereka (pemimpin DAP yang disebut) membuat permohonan maaf secara terbuka terlebih dahulu,” kata Azwanddin.

Beliau menjawab kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan itu yang mahu menyamannya selepas beliau membuat posting dengan menyatakan Liew memakai pakaian seragam ala- komunis di dalam satu acara rasmi Kementerian Pertahanan.

Malah, Azwanddin menyeru orang Islam dan Melayu berani untuk bangkit serta menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pimpinan DAP.

Tegasnya, DAP harus menunjukkan sikap menghormati orang Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan. – MalaysiaGazette