KUALA LUMPUR – Kepada peminat sukan lasak pacuan empat roda boleh menyertai Teratak 4X4 International Challenge 2018 yang akan diadakan pada tiga hari bermula 16 November ini.

Perlumbaan anjuran Teratak 4×4 Extreme Club bersama Tok Key Automobile Adventure

dibuka kepada penyertaan dalam dan luar negara.

Jurucakap pertandingan, Iqbal Khalid berkata, lokasi perlumbaan diadakan di Teratak Bernam Riverview, Tanjung Malim, Perak.

“Penyertaan terbuka dan sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Volvo Axle, Buggy
Open Standard Long dan Standard Short,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut Iqbal, pertandingan berkenaan mendapat kelulusan Kementerian Belia dan Sukan.

Juara, naib juara dan nombor ketiga setiap kategori bakal memenangi wang antara RM2,000 hingga RM10,000.

WhatsApp Image 2018-11-12 at 4.36.47 PM

Menurut Iqbal, yuran penyertaan bagi semua kategori adalah RM700 kepada peserta dari Malaysia manakala RM1,400 untuk peserta dari negara luar.

Bayaran boleh dibuat di akaun CIMB BANK 8603409655 atas nama Tok Key Extreme Automobile.

Setiap pendaftaran akan menerima empat helai t-shirt, topi dan pelekat kenderaan dan penyertaan adalah terhad.

Jika berminat dan mahu maklumat lanjut boleh menghubungi talian 017-297 1181
atau e mel kepada [email protected].-MalaysiaGazette