Anugerah Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2018 bagi Kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pada Majlis Anugerah Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2018 di Hotel Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 14 NOVEMBER 2018.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bersama Johan Anugerah Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2018 bagi Kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pada Majlis Anugerah Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2018 di Hotel Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 14 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebuah syarikat farmaseutikal, Sanofi Pastuer bergabung tenaga melancarkan usaha membasmi denggi di seluruh negara.

Gabungan itu juga membabitkan program bersama sekolah bagi menangani penularan wabak demam denggi melibatkan 9,500 pelajar di seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berbangga dengan komitmen kesemua peserta Program Patrol Denggi yang telah memberi komitmen yang baik.

“Saya menyokong bersetuju bahawa usaha penyelesaian bagi demam denggi memerlukan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia dan setiap usaha memainkan peranan penting,” katanya ketika merasmikan  Program Patrol Denggi hari ini.

Program itu, menurut Nie Ching bukan sekadar meningkatkan kesedaran terhadap demam denggi malah kementerian menyifatkan platform untuk pelajar menampilkan kreativiti mereka untuk membasmi demam denggi.

Program itu bermula pada Februari lalu melibatkan sebanyak 191 sekolah di negeri-negeri dan 103 daripadanya adalah sekolah rendah manakala 88 lagi sekolah menengah.

“Ini amat perlu bagi memberi galakan dan memberi gambaran yang jelas bahawa program ini berkesan dalam meningkatkan kesederan setiap tahun,” katanya.

Berdasarkan statistik,  sejumlah 62,974 kes demam denggi dengan 108 kematian dilaporkan di seluruh negara dalah tempoh Januari hingga awal November ini.

“Ini menunjukkan penurunan sebanjak 17.2 peratus berbanding dengan 76,054 dan 162 kematian dilaporkan pada tahun lepas” katanya Nie Ching.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Chong Chee Kheong berkata, demam denggi masih tetap merupakan penyakit yang mengancam penduduk di negara ini. – MalaysiaGazette