Claudio Ranieri.

LONDON – Claudio Ranieri dilantik sebagai pengurus baharu Fulham bagi menggantikan Slavia Jakanovic, lapor BBC Sport.

Pengendali kelahiran Itali itu kini berdepan tugas sukar gara-gara hambar Fulham sejak awal musim ini.

Jakavonic hanya mencatat satu kemenangan daripada 12 perlawanan musim ini yang meletak mereka di tangga tercorot liga.

Bekas pengurus Leicester  City itu sebelum ini telah membawa Fulham ke Liga Perdana menerusi aksi play-off musim lalu.

Sementara itu, Ranieri pernah menjulang Leicester menerusi gelaran sulung Liga Perdana Inggeris sekali gus menyempurnakan kisah dongeng luar biasa dalam sejarah bola sepak Inggeris. – MalaysiaGazette