Intan Indah Syarii
Intan Indah Syarii

JAKARTA – Pasangan Intan Indah Syarii dan Rio Nanda Pratama telah berkenalan sejak di bangku sekolah lagi dan mereka merancang untuk berkahwin di Pangkal Pinang, Bangka Belitung pada minggu lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu musnah apabila Rio menaiki pesawat Lion Air, penerbangan JT60, untuk pulang ke Pangkal Pinang selepas menghadiri seminar di Jakarta.

Pesawat tersebut terhempas di Laut Jawa sebaik sahaja berlepas, kesemua 189 orang yaNg berada di dalamnya terkorban.

Walaupun berhadapan dengan kehilangan orang disayangi, Intan meneruskan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan itu dengan majlis sesi bergambar memakai pakaian pengantin bagi menunaikan permintaan Rio yang dilakukan secara bergurau sebelum meninggalkan Jakarta, lapor The Jakarta Post.

Pengendali majlis perkahiwinan, Adiela Organizer, menyiarkan gambar Intan pada akaun Instgram dengan kapsyen mengenai kisahnya.

“Rio beri Intan satu mesej,” tulis @adielaorganizer.bangka.

“Jika saya tidak pulang pada 11 November 2018, awak mesti pakai pakaian pengantin yang saya pilih semalam dan kenakan solekan yang cantik. Minta bunga ros segar daripada Sheila (penganjur perkahwinan) dan ambil gambar yang cantik. Hantar gambar itu kepada saya,”.

Intan juga menyiarkan gambar-gambarnya dalam akaun Instagram beliau pada Isnin lalu, meluahkan kesedihan berikutan kematian Rio.

“Walau sebenarnya ada kesedihan yang tak bisa ku gambarkan, tapi aku harus tersenyum untukmu, tak boleh bersedih, harus tetap kuat seperti yang selalu kamu katakan padaku. I love U Rio Nanda Pratama sayang,”.

Sebelum ini Intan menyiarkan gambar jemputan perkahwinannya dan menggelar Rio ‘cinta pertamanya’.

“Kini banyak orang telah tahu kisah saya dan lelaki yang mengisi kehidupan saya selama 13 tahun,” katanya pada minggu lalu.

“Dia ialah Rio Nanda Prama, cinta pertama saya,”. – Agensi