Pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.05 petang tadi selepas disahkan kanser esofagos pada September lalu.
Pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.05 petang tadi selepas disahkan kanser esofagos pada September lalu.

KUALA LUMPUR – Pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.05 petang tadi selepas disahkan kanser esofagos pada September lalu.

Berita sedih itu disahkan oleh Presiden Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave.

“Saya baru sahaja diberitahu oleh isteri beliau sendiri, Siti Hawa Syawal mengenai berita sedih ini.

“Zaibo meninggal dunia sekitar pukul 1.05 petang ini dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.

Jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Kesihatan Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, mula terganggu selepas Aidilfitri lalu kerana dia tidak boleh menelan makanan.

Selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan beliau menghidap kanser tahap empat.

Allahyarham mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu.

Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.

Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Kelmarin, anakanda Sultan Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah. – MalaysiaGazette

Tunku Aminah melawat Zaibo