Wardina Safiyyah

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah yang pernah berlakon dengan Zaibo menerusi sitkom popular Spanar Jaya menyifatkan allahyarham seperti seorang bapa kepadanya.

Wardina menjayakan watak Misha iaitu anak kepada Zaibo ketika mereka membintangi sitkom Spanar Jaya bermula 1999 hingga 2005.

“Saya banyak belajar banyak daripadanya, dia bagaikan seorang bapa kepada saya ketika saya melakonkan watak Misha dalam Spanar Jaya.

“Malangnya tidak berpeluang untuk menziarahinya. Maafkan saya Uncle Zaibo. Terima kasih untuk segalanya,” tulisnya di Facebook miliknya hari ini.

Sementara itu, Zaibo menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.05 petang tadi selepas disahkan kanser esofagos tahap empat pada September lalu. – MalaysiaGazette