Mohamed Nazri Aziz
Mohamed Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas (BN), Datuk Seri Nazri Abdul Aziz  menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang disifatkan mengganggu Islam.

Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menegaskan, hak orang Islam sebenarnya terganggu dengan  ratifikasi konvensyen ICERD selain daripada ianya mampu memecahbelahkan keharmonian sedia ada.

“Saya dari awal sudah jelaskan, tolak ratifikasi konvensyen ICERD ini walau apapun penjelasan yang diberikan. Kita tolak.

“Malah saya sebagai Melayu Islam tidak pernah pula menyoal hak dan hal orang lain jadi adakah saya boleh menerima jika hak-hak saya dikatakan harus dihapuskan? Sudah tentu jawapannya adalah tidak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sebentar tadi.

Sebelum ini, ramai tertanya-tanya apakah pendirian Setiausaha Agung Barisan Nasional yang selama ini dilihat sedikit ‘liberal’ dalam isu agama dan kaum, namun akhirnya akur pendirian Nazri juga sama dengan yang lain dalam kalangan UMNO ketika ini.

Namun pada masa yang sama, Nazri Aziz tidak pula menyatakan pendirian beliau sama ada akan menyertai demonstrasi jalanan anjuran parti Pas kelak.

“Tidak semestinya jika tidak menyokong, kita perlu turun berhimpun dengan mereka yang lain. Sebaliknya, pendirian saya sama dengan kepimpinan UMNO, kita tolak ICERD. Itu sahaja.

“Kalau mereka mahu lakukan perhimpunan, itu hak dia. Pergi,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Hanya segelintir gusar dan tidak faham isu ICERD yang sebenar – Waytha Moorthy

Kerajaan negeri Pahang bantah ratifikasi ICERD

113,389 tandatangan bantah ICERD setakat ini

Amanah tolak ICERD

Rakyat tak perlu gundah isu ICERD

Majlis Peguam mahu kerajaan lulus ICERD

UMNO, gagasan pembangkang, NGO tolak ratifikasi ICERD