Theresa May. foto Reuters

LONDON – Perdana Menteri British, Theresa May mendapat sokongan penuh daripada Kabinetnya untuk draf perjanjian keluar daripada Kesatuan Eropah.

Selepas mesyuarat lima jam dengan menteri-menterinya, May memberitahu beliau mendapat sokongan kolektif bagi meneruskan rancangan itu.

“Keputusan kolektif Kabinet adalah berhubung persetujuan dengan perjanjian draf penarikan dan garis panduan deklarasi politik,” kata May.

Jurucakap itu berkata, mesyuarat itu berakhir tanpa dengan baik tanpa sebarang ancaman peletakan jawatan.

Tetapi May mungkin enghadapi rintangan yang lebih kuat apabila beliau membawa draf setebal 585 muka surat ke Parlimen untuk kelulusan bulan depan.

Khabar angin berhubung perletakan jawatan Kabinet dan plot oleh ahli Parlimen oleh parti yang diwakili oleh May telah menyebabkan pound menjunam satu peratus dalam tempoh sejam sebelum berakhir dengan kenaikan semula.

Ketua perunding Brexit, Michel Barnier berkata, Brexit mencapai kemajuan tetapi masih banyak kerja perlu dilakukan.

Pelan tindakan yang dipersetujui pada hari Selasa lalu membatalkan satu setengah tahun rundingan politik yang bertujuan menamatkan keanggotaan 46 tahun British dalam Kesatuan Eropah. – MalaysiaGazette