KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia dibuka rugi untuk hari keempat berturut-turut minggu ini, menjejaki kelemahan prestasi pasaran serantau di tengah-tengah sentimen pelabur yang berhati-hati.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.89 mata kepada 1,686.52 daripada penutup Rabu iaitu 1,688.41, selepas dibuka susut 1.98 mata pada 1,686.43 hari ini.

Suasana pasaran bagaimanapun positif dengan untung mengatasi rugi 94 kepada 72, dengan 114 kaunter tidak berubah, 1,601 tidak didagangkan dan 20 lagi digantung.

Jumlah dagangan adalah 50.86 juta unit bernilai RM24.17 juta.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata, penurunan dagangan semalaman di pasaran Amerika Syarikat terus menekan sentimen domestik.

“Secara teknikal, kami menjangka FBM KLCI berada antara tahap 1,660 dan 1,700 hari ini, sementara sokongan bawah adalah 1,680 dan 1,658,” kata nota berkenaan.

Di peringkat serantau, Indeks Strait Times Singapura susut 0.34 peratus kepada 3,043.19, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.54 peratus kepada 25,654.43 dan Nikkei Jepun susut 0.41 peratus kepada 21,757.04.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tujuh sen kepada RM9.22, Public Bank susut 18 sen kepada RM24.34, Tenaga dan Petronas Chemicals tidak berubah masing-masing pada RM14.90 dan RM9.40, sementara CIMB meningkat dua sen kepada RM5.52.

Kaunter aktif, Securemetric susut 1.5 sen kepada 47.5 sen, Asia Knight susut setengah sen kepada 19 sen, PUC dan Seacera tidak berubah masing-masing pada 15.5 sen dan 22.5 sen, sementara Tatt Giap meningkat setengah sen kepada 22 sen.

Daibochi mendahului kaunter rugi yang susut 25 sen kepada RM1.74, diikuti BAT yang susut 12 sen kepada RM37.86, Top Glove susut lapan sen kepada RM5.62, SP Setia susut tujuh sen kepada RM1.94 dan MI Equipment lima sen kepada RM2.30.

Indeks FBM Emas susut 10.40 mata pada 11,700.22, Indeks FBMT 100 susut 11.78 mata kepada 11,544.01, FBM 70 susut 9.36 mata kepada 13,689.02 dan Indeks FBM Ace susut 5.37 mata pada 4,919.17.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 7.25 mata pada 11,834.35.

Mengikuti sektor, Indeks Kewangan merosot 42.69 mata kepada 17,044.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 172.61 dan Indeks Perladangan meningkat 4.16 mata pada 7,255.71. – MalaysiaGazette