Jamal Khashoggi. foto Agensi

ANKARA – Siasatan antarabangsa terhadap pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi sangat penting, kata Menteri Luar Turki.

Mevlut Cavusoglo juga mengulangi ketetapan Turki untuk menyelesaikan kes pembunuhan tersebut.

“Kami akan melakukan apa sahaja untuk membawa pembunuhan ke muka pengadilan. Kami telah menunjukkan bukti kepada semua orang yang mahu melihat, “kata Mevlut di Parlimen.

Turki sebelum ini mengatakan ia akan bekerjasama dengan penyiasatan antarabangsa dan telah meminta siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – MalaysiaGazette