Uber

SAN FRANCISCO – Uber Technologies Inc berkata, pertumbuhan tempahan khidmat e-hailing syarikat itu merekodkan 6 peratus penurunan pada suku ketiga kali ini.

Prestasi itu menyaksikan pendapatannya kekal satu digit kali ini berbanding dua digit sepanjang tahun lalu.

Firma berpusat di San Francisco itu mencatat kerugian AS$1.07 bilion bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 September lalu, peningkatan 20 peratus dari suku sebelum ini tetapi menyusut 27 peratus berbanding tahun lalu.

Uber merancang untuk memperluaskan perkhidmatan mengangkut barang, penghantaran makanan, basikal elektrik dan skuter.

Syarikat yang mempunyai modal sebanyak AS$76 bilion berdepan dengan tekanan untuk merekodkan pertumbuhan, sekali gus memberi persepsi baik kepada pelabur dan pasaran menjelang tahun depan.

Kerugian yang diselaraskan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasannya adalah AS$592 juta, turun daripada AS$614 juta suku terdahulu dan AS$1.02 bilion tahun lalu.

Ketua Pegawai Kewangan Uber, Nelson Chai percaya, Uber akan kembali kuat pada suku berikutnya.

Pasaran berpotensi tinggi di India dan Timur Tengah mampu mengukuhkan pertumbuhan Uber selepas ini.

Namun, keadaan ekonomi dan kerugian di luar boleh menolak Uber untuk bergabung dengan pesaingnya di India dan Timur Tengah, khususnya Ola Share di India yang merupakan pelabur dalam SoftBank Group Corp.

Tempahan kasar Uber adalah bernilai AS$12.7 biion, kenaikan 6 peratus daripda suku lalu dan meningkat 41 peratus dari tahun lepas.

Pada hujung suku 2016, tempahan khidmat Uber mencapai 30 peratus dan pada awal 2017 ia masih mampu merekodkan pertumbuhan dua digit.

Tetapi sejak awal tahun ini, pertumbuhan tempahan Uber turun kepada satu digit.- MalaysiaGazette