TERKINI : Najib Boleh Sindir Apa Sahaja – Maszlee Malik

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menyindir apa sahaja mengenai pelaksanaan skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang bakal diteruskan.

Menurut beliau, isu pelaksanaan semula skim itu tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana ahli politik kerana ia melibatkan kepentingan pelajar-pelajar di negara ini.

“Yang penting adalah kepentingan pelajar, kita tidak mahu politikkan benda ini. Bagi pihak kementerian kita meletakkan kebajikan pelajar lebih utama.

“Kita ketepikan politik dan apa orang nak cakap, cakaplah,” katanya dalam sidang media di Dialog Industri Kebangsaan 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.