Chew Mei Fun
Chew Mei Fun

KUALA LUMPUR – Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA yang baharu.

Beliau menjadi wanita pertama yang memegang jawatan tersebut, menurut laporan The Star.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan pelantikan itu selepas mesyuarat jawatankuasa pusat MCA yang pertama di bawah kepimpinan baharu.

“Chew adalah individu yang tahu mengenai parti ini dengan baik dan beliau sangat berpengalaman.

“Beliau akan menjadi wanita pertama yang memegang jawatan itu, “katanya pada sidang akhbar di sini.

Sebelum ini, Chew adalah Naib Presiden parti dan bekas Timbalan Menteri.

Sementara itu, Datuk Lee Chee Leong, bekas Timbalan Menteri Kewangan dan Exco MCA telah dilantik sebagai Bendahari. – MalaysiaGazette