Fuel Plus
Ketua Pegawai Eksekutif CQ Bio Energy Sdn. Bhd. (CQ Bio), Mohd. Haniff Ibrahim menunjukkan sebahagian produk penjimatan minyak keluran daripada Syarikat CQ Bio Energy Sdn. Bhd. di Malaysia Gazette, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini mampu menarik nafas lega apabila mereka kini boleh menjimatkan wang untuk pembelian bahan api.

Jika sekarang mereka terpaksa menggunakan perbelanjaan yang banyak bagi mengisi minyak ekoran harga petrol yang statik namun masalah itu dapat diselesaikan dengan penggunaan sejenis produk aditif berjenama FuelPlus.

Produk keluaran syarikat CQ Bio Energy Sdn. Bhd. (CQ Bio) itu berupaya membantu pengguna kenderaan untuk mencapai tujuan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CQ Bio, Mohd. Haniff Ibrahim berkata, produk keluaran syarikatnya semakin diterima di pasaran lebih-lebih lagi permintaannya kini mendapat tempat dalam kalangan pemandu Grab.

“Pemandu Grab mencari pendapatan sampingan dan menghadapi kos minyak tetapi apabila guna FuelPlus, minyak jimat dan mereka dapat untung lebih,” ujarnya kepada Malaysia Gazette semalam.

Malah, menurut Mohd. Hanif, menerusi laman sosial, rata-rata pemandu Grab yang telah menggunakan produk itu memberikan respon yang baik serta berkongsi pengalaman masing-masing dengan rakan-rakan lain.

MGF16112018_TEMUBUAL KETUA PRODUK PENJIMATAN MINYAK15
Antara produk penjimatan minyak keluaran daripada Syarikat CQ Bio Energy Sdn. Bhd.di Malaysia Gazette, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2018

“Sekarang ini banyak produk penjimatan yang dijual di pasaran ada guna gajet dan sebagainya tetapi adakah produk semacam itu sesuai kerana jika hendak mendapatkan badan yang sihat dan kuat sekalipun bukannya kita menggunakan gajet sebaliknya, perlu memakan supplemen untuk mendapat kecergasan tubuh.

“Begitu juga kalau kita mahukan sesuatu yang terbaik untuk kenderaan. Selain dapat menjimatkan wang, kenderaan kita juga berada pada tahap yang baik,” katanya lagi.

Mohd. Haniff menjelaskan, jika sebelum ini, ketidaktentuan harga pasaran bahan api menjadi salah satu faktor rungutan kepada pengguna kenderaan namun, masalah tetap dirasai ketika ini apabila pengguna terpaksa berdepan dengan nilai ringgit yang jatuh hingga menyebabkan kuasa beli menjadi terhad.

Katanya, pengguna juga terpaksa mengeluarkan wang untuk mengisi petrol pada kenderaan dan langkah penjimatan terhadap bahan api itu boleh dirasai dengan penggunaan bahan aditif itu.

“Selain ia dapat memberikan kelancaran semasa pemanduan, FuelPlus juga boleh menambahkan jangka hayat kenderaan.

“Apa yang lebih penting, pengguna boleh merasai penjimatan sebanyak 30 peratus terhadap penggunaan bahan api serta impak maksimum kepada pecutan yang lebih mantap.

“Malah, bahan aditif ini juga dapat membersihkan enjin serta mengurangkan karbon dan ia sekaligus memelihara alam sekitar,” ujarnya.

MGF16112018_TEMUBUAL KETUA PRODUK PENJIMATAN MINYAK14
Ketua Pegawai Eksekutif CQ Bio Energy Sdn. Bhd. (CQ Bio), Mohd. Haniff Ibrahim menunjukkan sebahagian produk penjimatan minyak keluaran daripada Syarikat CQ Bio Energy Sdn. Bhd. di Malaysia Gazette, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2018

Diperbuat daripada kelapa sawit, FuelPlus tidak sesekali memudaratkan enjin kerana ia merupakan bahan bakar yang tidak melibatkan sebarang kesan pada enjin.

Ini kerana bahan aditif berkenaan tidak seperti minyak pelincir yang sememangnya digunakan pada bahagian enjin, jelasnya.

Mohd. Haniff memberitahu, FuelPlus merupakan bahan tambahan bahan api yang direka untuk mengoptimumkan proses pembakaran pada sesebuah enjin apabila dihidupkan.

“Ia dirumuskan menggunakan derivatif daripada kelapa sawit dan ditambah baik dengan rumusan terbaru bio-aktif.

“Tenaga sebatian ini memberikan enjin satu kestabilan seperti ‘medan magnet’ membolehkan pergerakan dalaman enjin yang stabil.

“Produk ini telah diuji dan terbukti dalam menghasilkan keputusan yang ketara daripada segi pengurangan penggunaan bahan api, enjin menjadi lebih sejuk dan peningkatan daya pecutan,” tambah beliau.

Menurutnya, ia bukan sahaja sesuai untuk semua jenis enjin petrol atau diesel, malah juga enjin lama dan baharu.

MGF16112018_TEMUBUAL KETUA PRODUK PENJIMATAN MINYAK02
Ketua Pegawai Eksekutif CQ Bio Energy Sdn. Bhd. (CQ Bio), Mohd. Haniff Ibrahim bercakap ketika ditemubual mengenai produk penjimatan minyak di Malaysia Gazette, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2018

Selain pembakaran penuh, katanya, FuelPlus turut membantu proses desulfurisasi, membersih kebuk pembakaran dan mencegah deposit karbon pada kebuk pembakaran.

“Malah, dengan teknologi penstabilan molekul minyaknya itu, ia dapat mengurangkan pelepasan asap ekzos berbahaya sebanyak 25 hingga 30 peratus,” ujarnya.

FuelPlus didatangkan dalam bentuk tablet dan terdapat dua saiz – satu gram dan lima gram.

Harga jualan untuk tablet satu gram ialah RM30 untuk 24 tablet manakala untuk tablet lima gram, harga pasarannya adalah sama untuk enam tablet.

Mengulas cara penggunaan tablet FuelPlus, katanya, satu tablet satu gram dapat digunakan bagi ‘merawat’ 10 liter minyak petrol atau diesel.

MGF16112018_TEMUBUAL KETUA PRODUK PENJIMATAN MINYAK12
Ketua Pegawai Eksekutif CQ Bio Energy Sdn. Bhd. (CQ Bio), Mohd. Haniff Ibrahim menunjukkan sebahagian produk penjimatan minyak keluaran daripada Syarikat CQ Bio Energy Sdn. Bhd. di Malaysia Gazette, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2018

“Tablet ini perlu digunakan mengikut arahan yang kami berikan agar kenderaan akan dapat memanfaatkan faedah FuelPlus ini secara total.

“Dinasihatkan agar pengguna tidak mengurangkan tablet tetapi jika terlebih sikit sukatan tidak mengapa.

“Sebagai contoh, jika satu tangki penuh kereta kompak berupaya diisi 35 liter, maka empat biji tablet FuelPlus satu gram harus digunakan,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web syarikat atau hubungi pihak CQ Bio dengan menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatApps ke talian 017-639 2347 atau layari www.fuelplusmy atau Instagram @fuelplusmy
FB Page: FuelPlusmy
. – MalaysiaGazette