TERKINI : Jangan Sampai Rakyat Kata PKR Sama Macam BN – Wan Azizah

PKR perlu membuktikan bahawa pilihan rakyat memilih parti itu bukan suatu kesilapan, kata Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menyampaikan ucapan dasar untuk kali yang terakhir sebagai presiden parti itu, beliau berkata, PKR perlu menggunakan pendekatan yang lain daripada parti yang pernah memimpin sebelum ini.

“Apa yang ingin saya tegaskan dalam ucapan terakhir ini adalah kita pejuang reformasi harus berbeza dari rejim yang kita tentang dulu (BN).

“Pendekatan dan amalan harus ada kelainan dan dilihat lebih baik dari yang dulu.

Jangan sampai rakyat menempelak “ah…sama saja dengan yang dulu…” “Jika ini berlaku sungguh malang perjuangan dan pengorbanan kita selama ini.