Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agak sukar untuk beliau membuat keputusan muktamad dalam penentuan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undagan Negeri (DUN) Rantau.

Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, ini kerana beliau perlu mendengar pendapat pimpinan cadang dan negeri sebelum membuat keputusan tetap dalam perkara itu.

“Saya tidak boleh buat keputusan muktamad sehingga saya menerima pandangan Cabang dan negeri pimpinan PKR.

“Ada kawan-kawan bagi tahu bahawa majoriti Melayu di situ, kita parti Keadilan kena teliti perkembangan lain sebab beri ruang kepada pengundi Cina, India dan Kadazan.

“Tidak perlu guna alasan Melayu sahaja sebab saya sebut pengundi India antara paling tinggi di situ (Rantau) iaitu 31 peratus dan kita tidak boleh ketepikan hakikat itu.. dan tidak adil juga,” katanya dalam sidang media selepas tamat Kongres Nasional Ke-13 parti itu di IDCC dekat sini.

Namun bagi pendirian beliau,  Dr.Streram merupakan calon yang dinafikan dalam proses penamaan calon pada 25 April lalu, sebelum hakim mahkamah khas Pilihan Raya Seremban membatalkan kemenangan BN.

“Jadi kalau nak batalkan pencalonan (wakili PKR) secara beretika adalah sangat sukar,” ujar beliau.

Beliau juga diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bahawa calon Rantau akan diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

Anwar berkata, ia memang proses sebenar yang seharusnya dilalui parti komponen.

“Selalu proses begitu tapi ini calon Keadilan..keputusan Keadilan..tetapi kita akan maklumkan kepada Majlis Presiden sebagai proses menghormati Pakatan Harapan,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette