Gigolo atau pelacur lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks kepada 'sugar mummy' tidak melanggar apa-apa undang-undang.
Gigolo atau pelacur lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks kepada 'sugar mummy' tidak melanggar apa-apa undang-undang.

KUALA LUMPUR – Gigolo atau pelacur lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks kepada ‘sugar mummy’ tidak melanggar apa-apa undang-undang.

Polis yang mengesan gigolo atau ‘anak ikan’ dalam operasi biasanya akan menyerahkan lelaki beragama Islam kepada pihak berkuasa agama manakala mereka yang bukan Islam akan dibebaskan tanpa sebarang jenayah direkodkan.

Keadaan itu bermakna polis terpaksa melakukan pelepasan walaupun gigolo sering ditangkap secara beramai-ramai dalam operasi yang dijalankan.

“Walaupun gigolo seperti dengan pelacur wanita telah menjual badan untuk mendapat duit, tetapi polis tidak mampu melakukan apa-apa kerana kami bertindak mengikut undang-undang,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Walaupun begitu, gigolo yang melakukan hubungan seks sejenis boleh dikenakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan 377A kerana melakukan seks di luar tabii.

Beliau berkata kepada China Press, gigolo yang dikesan berbogel dengan pelanggannya dalam satu bilik bagaimanapun belum memadai untuk dibuktikan bersalah.

Rohaimi menjelaskan, kesalahan seks di luar tabii tidak berlaku sehingga salah seorang lelaki memasukkan alat kemaluannya ke dalam dubur atau mulut seorang yang lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Rohaimi berkata, terdapat wanita daripada 38 negara dikesan melacur di negara ini.

Katanya, pelacur dari Azerbaijan dan Moldova mendapat permintaan tinggi kerana jumlah mereka yang tidak banyak.

Dari segi jumlah pula, pelacur dari Thailand adalah paling ramai diikuti Vietnam dan China. – MalaysiaGazette