Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berucap pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-13 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 18 NOVEMBER 2018.

SHAH ALAM – Para perwakilan PKR diingatkan supaya meneruskan kesinambungan perjuangan keadilan parti dan tidak sesekali hilang idealisme reformasi yang diwarisi sejak 20 tahun lalu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ahli ahli serta para pemimpin dari tertinggi hingga ke akar umbi parti perlu berpegang kepada amanah yang diperjuangan dan tidak sesekali menyalahgunakan kuasa.

“Dulu kita masuk penjara disebabkan perjuangan politik dalam menyuarakan kesusahan rakyat.

“Kini selepas 61 UMNO rosakkan keadaan, kita baru enam bulan mengambil alih kerajaan dan berkuasa kita semua di depan peringkat pimpinan dengan anggopta yang ada pernah di penjara hilang kerja dan sebagainya.. lepas ini jangan kita masuk penjara sebab salah guna kuasa.

“Nama keadilan selalu bermakna kepada perjuangan dan kesinambungan parti, maka adalah menjadi tugas kita seperti yang disarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, jangan sesekali hilangkan idealisme itu,” katanya semasa ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan Ke-13 pagi tadi.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu juga mendesak kepimpinan baharu yang akan menerajui PKR supaya mengkaji semula pemilihan parti yang dilanda pelbagai masalah teknikal sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati perwakilan di beberapa negeri.

Katanya, beliau telah memantau dan menyedari perkara yang tidak dapat dielakkan sepanjang kongres pemilihan yang diadakan.

“Kita parti yang berani menjalani pemilihan di semua peringkat. Tetapi kepimpinan baharu pelu melihat semula wajar tak undi sehingga Presiden ke MPP, AMK, Wanita dan sebagainya.

“Ia menjadi tidak praktikal apabila terlalu banyak undi yang perlu dikira (cetuskan masalah),’

“Perlu lihat balik memilih jawatan tertinggi sahaja dan yang lain kita kekal dengan sistem perwakilan sahaja, dan parti lain mengekalkan sistem ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette