Anak Allahyahram Susilawati Mansuh Hukuman Mati | Edisi MG 19 NOV 2018

Minggu lalu, beberapa ahli keluarga mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi membabitkan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, timbalan pendakwa raya, Datuk Anthony Kevin Morais dan pegawai bank, Wong Jing Kui tampil mendesak kerajaan tidak memansuhkan hukuman mati mandatori kerana ia didakwa tidak adil dan hanya akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat di negara ini.

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Sosilawati dan tiga pembantunya sekaligus membawa kepada kesudahan bagi satu jenayah paling kejam yang berlaku di negara ini.

Wartawan MalaysiaGazette, SYAHRIL A. KADIR menemui anak sulung allahyarhamah Datuk Sosilawati sendiri, Rita Dekritawati Yuliana Buhari atau mesra dipangil Rita bagi menyelami sendiri luahan hatinya dan temubual ekslusif bersama Rita boleh di baca penuh di portal malaysia gazette.com.