ENGLAND – Manchester United dilaporkan bersedia unruk mengaktifkan yuran £27 juta bagi mendapatkan pemain tengah AS Roma, Lorenzo Pellegrini.

Kelab The Red Devils itu difahamkan akan meletakkan bidaan itu menjelang jendela perpindaan musim sejuk Januari ini.

Pengurus kelab itu, Jose Mourinho dipercayai sudah membuat ketetapan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Itali itu ke Old Trafford.

Menurut Corriere dello Sport melalui Football Italia, Kelab Red Devils telah menemui ejen pemain berusia 22 tahun itu di London.

Mereka sangup untuk mengaktifkan klausa perlepasan £27 juta, Roma pula berusaha keras dan mengikatnya kepada perjanjian baharu.

United akan mengandakan gajinya sekiranya dia berpindah ke Theatre of Dreams pada Tahun Baru 2019.- MalaysiaGazette