NEW YORK – Niaga hadapan mentah naik dipacu oleh laporan penurunan inventori minyak Amerika Syarikat dan potensi sekatan Iran oleh Kesatuan Eropah dan kemungkinan pengurangan bekalan oleh OPEC.

Minyak mentah Brent diniaga kepada AS$66.79 setong, kembeli mengukuh selepas merekodkan paras terendah AS$ 65.27 setong.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat naik AS$0.30 kepada AS$ 56.76 setong dalam sesi tersebut.

Pasaran sedang berusaha mencari jalan pintas selepas kejatuhan harga minyak lebih daripada AS$20 setong sejak awal bulan Oktober ekoran kebimbangan berlaku lebihan bekalan global.

“Pasaran memerlukan sentimen stabil bagi menangani tekanan negatif untuk bergerak lebih jauh. Kami melihat spekulasi yang panjang dalam pasaran,” kata Gene McGillian, Pengarah Penyelidikan Tenaga di Tradition Energy di Stamford, Connecticut.

Pasaran mengalami kerugian di awal hari dagangan apabila penyedia maklumat tenaga, Genscape melaporkan inventori mentah jatuh dalam minggu terakhir, kata para peniaga.

OPEC bersama sekutunya termasuk Rusia akan menyertai pemotongan bekalan sebanyak 1 juta hingga 1.4 juta tong sehari bagi meredakan penurunan harga emas hitam itu.

Perbincangan lanjut mengenainya akan dilakukan semasa pertemuan OPEC di Vienna pada 6 Disember ini. – MalaysiaGazette