Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman

LONDON – Ekoran ketegangan antarabangsa akibat pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, beberapa ahli keluarga memerintah Arab Saudi merancang untuk menghalang Putera Mahkota Mohammed Salman daripada dinobatkan sebagai raja.

Maklumat itu didedahkan tiga sumber yang rapat dengan mahkamah diraja.

Ramai putera dan sepupu dari rumpun keluarga Al Saud mahu melihat perubahan  dalam perbincangan.

Tetapi mereka memilih untuk tidak akan bertindak selagi Raja Salman yang berusia 82 tahun masih hidup, menurut sumber terdekat keluarga itu kepada Reuters.

Mereka yakin Raja Salman tidak akan memilih anaknya itu mewarisi takhtanya.

Ahli keluarga diraja itu juga menurut sumber, berbincang mengenai kemungkinan adik bongsu Raja Salman iaitu Putera Ahmed Abdulaziz, 76, dinobatkan sebagai raja.

Ahmed Abdulaziz merupakan pakcik putera mahkota Mohammed Salman.

Putera Ahmed merupakan satu-satunya adik Raja Salman yang masih hidup yang mempunyai sokongan ahli keluarganya termasuk kuasa barat, kata sumber Saudi.

Putera Ahmed kembali ke Riyadh pada Oktober lalu selepas berada di luar negara selama dua setengah bulan.

Semasa lawatan itu, baginda mengutuk kepimpinan Arab Saudi sementara menjawab pemprotes di luar kediaman rasmi London yang mahu pemerintahan dinasti Al Saud ditamatkan segera.

Sama ada Putera Ahmed atau wakilnya tidak dapat dihubungi untuk komen lanjut.

Pihak kerajaan di Riyadh juga tidak membalas permintaan Reuters untuk komen berhubung isu tersebut.- MalaysiaGazette