TERKINI : ICERD “Kalau Nak Berhimpun Silakan!” – Dr Mujahid

Menteri berkaitan agama Islam, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa rakyat di negara ini tidak bermain emosi mengenai cadangan kerajaan untuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau turut menasihatkan agar sesiapa yang tidak bersetuju dengan cadangan ini agar mengemukakan pandangan mereka di platform yang telah dan akan diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, biarpun Malaysia mengamalkan konsep demokrasi, namun sensitiviti pelbagai kaum turut harus dijaga.

Ahad lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah, Perak dilapor berkata, perhimpunan itu bertujuan menyatakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu meratifikasi atau mengesahkan ICERD.