Gambar hiasan. foto Getty Images

SINGAPURA – Harga minyak Amerika Syarikat kembali stabil selepas menjunam lebih 6.0 peratus, susulan penurunan inventori minyak mentah komersial yang tidak dijangka.

Tetapi para pelabur terus berhati-hati dengan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran tentang ketidakpastian yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam pasaran minyak disebabkan persekitaran ekonomi yang sukar dan risiko politik.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI), berada pada harga AS$ 53.57 setong pada 0028 GMT, naik AS$0.14 sen berbanding harga penutup.

Harga bagi niaga hadapan Brent masih belum didagangkan.

Harga minyak lebih stabil hari Rabu susulan laporan oleh Institut Petroleum Amerika pada hari Selasa bahawa inventori minyak mentah komersial Amerika Syarikat jatuh secara tidak tidak dijangkakan sebanyak 1.5 juta tong, kepada 439.2 juta tong, dalam minggu hingga 16 November.

Namun sedikit peningkatan dalam WTI tidak dapat menutup kelemahan pasaran umum, dengan pasaran minyak dan saham kedua-duanya menjunam sesi sebelumnya.

“Ekonomi global masih dalam tempoh yang sangat sukar dan sangat rapuh,” Ketua IEA, Fatih Birol kepada Reuters.

Pasaran bimbang kejatuhan pada tahun 2014 berulang apabila pengeluaran global yang tinggi dan kelembapan permintaan pmencetuskan kemerosotan harga, OPEC tekad untuk meningkatkan potongan bekalan antara 1 juta dan 1.4 juta tong sehari. – MalaysiaGazette