KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad meminta orang ramai berhati-hati dengan iklan palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan penipuan dan kecurian.

Menurut syarikat penerbangan itu, pihaknya menemui imej-imej superimpose yang yang dibuat oleh pihak tertentu.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Malaysia Airlines Berhad tidak ada kaitan dengan iklan palsu dan kempen kami hanya dipaparkan di platform rasmi kami, saluran pengiklanan utama dan laman web di www.malaysiaairlines.com.

“Berhati-hati apabila merentasi iklan atau mesej kontroversi, terutamanya jika iklan berkenaan dari media sosial atau mesej berkumpulan,” katanya. – MalaysiaGazette