Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad (tengah) melihat baju batik buatan Malaysia sambil diiringi Presiden GMB Malaysia, Agil Faisal Ahmad Fadzil (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Kempen “Beli Barangan Malaysia” di Perhentian LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad memuji sistem pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT) yang baginya setanding dengan negara maju dunia.

Beliau yang pertama kali menaiki pengangkutan itu Stesen MRT Pasar Seni di sini memberitahu, tren berkenaan tidak mempunyai pemandu.

“Saya diberitahu, MRT ini tidak ada pemandu. Ia dikawal dari Bilik Kawalan Operasi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Belilah Barangan Malaysia di Stesen MRT Pasar Seni, hari ini.

MGF21112018_KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA_03
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hadir pada Majlis Pelancaran Kempen “Beli Barangan Malaysia” di Perhentian LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 NOVEMBER 2018

Khalid berkata, jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan itu telah meningkat sekali ganda iaitu daripada 60,000 penumpang di awal pelancarannya kepada 150,000 sehari.

Katanya, jarak perkhidmatan pengangkutan awam itu sejauh 51 kilometer dan dijangka bertambah kira-kira 50 kilometer lagi bagi fasa terakhir pembinaan projek itu.

MRT Sungai Buloh – Kajang yang dikenali sebagai Aliran SBK adalah laluan transit kesembilan dan sistem rel automatik tanpa pemandu diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk pengangkutan di Lembah Klang. – MalaysiaGazette