Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman

RIYADH – Desakan supaya mengenakan hukuman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi adalah perbuatan terlarang.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata, Mohammed bin Salman tidak terlibat dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi di Konsulat negara itu pada 2 Oktober lalu.

Beliau membuat kenyataan itu sehari selepas Kongres Amerika Syarikat menuntut siasatan dilakukan sama ada Mohammed bin Salman terlibat dalam pembunuhan itu.

Presiden Donald Trump pula mempertahankan hubungan Amerika Syarikat dengan sekutu kuatnya di Asia Barat.

Bercakap kepada BBC, al-Jubeir berkata: “Di Arab Saudi, kepimpinan kami ada keterbatasan. Penjaga dua masjid, Raja Salman dan Mohammed bin Salman adalah dalam lingkungan had itu.

“Mereka mewakili setiap rakyat Arab Saudi dan setiap rakyat Arab Saudi mewakili mereka. Dan kami tidak akan bekerjasaa dengan sebarang perbincangan yang menjejaskan kedudukan monarki dan Putera Mahkota,” kata al-Jubeir yang mempertahankan bahawa Putera Mahkota tidak terlibat dalam kes pembunuhan Khashoggi.

Tegasnya lagi: “Kami telah menyatakan dengan jelas. Siasatan masih berjalan dan kami akan mengenakan tindakan ke atas individu yang bertanggungjawab”.

Media Amerika Syarikat melaporkan secara besar-besaran yang Agensi Perisikan Pusat percaya pembunuhan kejam ke atas kolumnis Washington Post itu dibuat atas arahan Putera Mahkota.

Namun, al-Jubeir berkata, operasi ganas itu didalangi oleh agen-agen perisikan.

Malah, beliau sekali lagi meminta Turki menyediakan semua bukti mengenai pembunuhan itu dan henti menyebarkan sebarang maklumat. – MalaysiaGazette